Berita & Peristiwa 2010 Mesyuarat Agong PUSPANITA KDN

Pada 14 April 2010 bertempat di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PUSPANITA KDN, Perlancaran laman Web serta penyampaian sumbangan PUSPANITA KDN.Majlis ini disempurnakan oleh Y.M Tengku Datin Seri Marsilla Binti Tengku Abdullah selaku Penaung PUSPANITA KDN. Turut hadir ialah Ybhg Datin Wira Rahimi isteri Tim. Menteri Dalam Negeri.

Sumbangan amal oleh PUSPANITA KDN merupakan sumbangan tahunan yang diberikan kepada ahli, anak serta keluarga yang berdaftar sebagai ahli PUSPANITA KDN. Ini melibatkan Persiap cawangan zon tengah iaitu Persiap Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Persiap Kajang, Persiap Sungai Buloh, Penjara Wanita Kajang dan Maktab Penjara Malaysia. Ini termaktub dalam Perlembagaan Persiap Malaysia perkara 7 - PUSPANITA. Ahli dari cawangan Persiap ini layak menerima sumbangan setelah mereka berdaftar sebagai ahli PUSPANITA KDN.

Seramai 40 orang anak-anak ahli Persiap telah menerima sumbangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dan 2 ahli Persiap menerima sumbangan khairat kematian. Mengikut statistik penerima sumbangan untuk anak-anak cemerlang setiap tahun, anak-anak dari ahli Persiap merupakan yang paling ramai menerima sumbangan.

Sebagai Puspanita cawangan kecil Jabatan Penjara Malaysia, dan mengendalikan Biro Sukan Puspanita KDN, aktiviti mingguan di laksanakan senamrobik setiap hari rabu jam 5.30-6.30 petang bertempat di Dataran Kementerian Dalam Negeri, Putra Jaya. Diharapkan penglibatan ahli-ahli Persiap dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara PERSIAP dan PUSPANITA KDN.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan