Berita & Peristiwa 2010 Doakan Untuk Mohammad Nur Basyir B. Nor Izalman

Lawatan ke Hospital Kota Bahru, Kelantan pada 10 April 2010 telah mempertemukan saya, suami, Tn Kadir Rais, Tn Kamaruddin dan Kpl Adinan (Jurugambar) dengan anak yang bernama Mohammad Nur Basyir B. Nor Izalman. Anak yang baru berusia setahun ini dilahirkan dengan sakit yang di sahkan oleh doktor sebagai ''Severe tracheomalacia (Masalah saluran pernafasan yang mudah tertutup).

Mohammad Nur Basyir B. Nor Izalman merupakan anak ke tiga kepada pasangan Nor Izalman B. Mohammed dan isterinya Puan Nur Deena Airin Bt. Mohammed, merupakan kakitangan PPA Machang, Kelantan. Pertemuan hampir sejam ini membawa sejuta rasa yang tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Ini ialah sebahagian dari anak-anak kakitangan Jabatan Penjara Malaysia yang mesti diberi perhatian. Sebagaimana yang sentiasa saya zahirkan impian dan harapan kepada seluruh cawangan Persiap agar peka dengan situasi ini agar Persiap Malaysia dapat mambantu ahli-ahli Persiap yang mengalami situasi sebegini.

Bukan wang ringgit yang menjadi keutamaan, tetapi yang lebih penting disini ialah DOA dan ZIARAH kerana inilah penghubung yang tiada ternilai diantara kita. Warga Jabatan Penjara Malaysia dan PERSIAP sebuah keluarga yang besar dan hebat, marilah sama-sama kita berdoa menadah tangan memohon kehadrat Allah SWT..agar Mohammad Nur Basyir B. Nor Izalman sentiasa dalam lindungan, rahmat dan hidayah Allah, juga kepada kedua ibubapanya serta keluarga agar Allah memberi kekuatan serta kesabaran yang tinggi menerima ujian Allah ini.

Juga tidak lupa kepada seluruh ahli dan anak-anak Persiap yang mengalami apa jua dugaan dari Allah SWT...doa tidak pernah putus agar semua sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian Allah. InsyaAllah ruang yang Allah SWT berikan, akan dapat mempertemukan kita suatu hari nanti. Diharapkan seluruh Persiap cawangan memainkan peranan sebagai penghubung kepada PERSIAP MALAYSIA agar tindakan segera dapat dilaksanakan.

Ikhlas Selalu
Yang Dipertua Persiap.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan