Pada 10 April 2010 semperna lawatan kerja projek KDN di CIQ Imigresen Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan, Intitusi PPA Machang Kelantan menerima lawatan dari Ybhg KJP Datuk Wira Hj Zulkifli B Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Ybhg Datin Wira Hjh Noraini Binti Man. Ketibaan Ybhg Datuk Wira dan Ybhg Datin Wira di sambut oleh Tn Yusuhaimi Pengarah PPA Machang serta pegawai kanan dan AJK Persiap PPA Machang.
Persiap PPA Machang telah menyusun program khas bersama Ybhg Datin Wira iaitu majlis penyampaian sumbangan kepada Anak-Anak Yatim dari Asrama Bakti, Anak-Anak Yatim Machang, Kelantan. Ustaz Nik Othman b. Mohamed dan isteri Puan Aisyah Bt. Abdullah berserta 35 orang anak-anak yatim turut hadir dalam majlis makan tengahari yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, PPA Machang, Kelantan. Sumbangan kepada Asrama Bakti ini adalah atas usaha Persiap PPA Machang hasil jualan perayaan.
Sumbangan untuk anak-anak ahli yang mengidap sakit kronik juga turut di sampaikan dalam majlis ini. Persiap Malaysia telah menetapkan sumbangan ini akan diberikan dua tahun sekali kepada ahli dan anak-anak yang mengidap sakit kronik. Di harapkan sumbangan dari Persiap Malaysia dapat membantu ahli dan anak-anak ini. Dalam ucapan Ybhg Datin Wira Noraini selaku Yang Dipertua Persiap Malaysia..beliau amat berharap semua cawangan Persiap memainkan peranan sebagai penghubung kepada PERSIAP MALAYSIA untuk menyalur semua maklumat agar tindakan segera dapat di ambil, supaya semua ahli Persiap mendapat hak mereka yang sepatutnya. Ini selari dengan hala tuju PERSIAP iaitu ''Ilmu Dipertingkatkan, Kebajikan Di utamakan''.
Ybhg Datin Wira Noraini juga berkesempatan mengadakan sesi suaikenal bersama pengerusi PPA Machang, AJK Persiap, isteri pegawai kanan, kakitangan Wanita (Awam). Pendekatan yang di ambil oleh Ybhg Datin Wira Noraini membuka ruang untuk ahli memahami lebih dekat peranan dan fungsi sebenarnya Persiap serta mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ahli.