Sambutan Maulidur Rasul 1431 H Penjara Wanita Kajang telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Surau Penjara Wanita Kajang dan melibatkan seramai 100 orang penghuni. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg. Datin Wira Hajjah Noraini bt. Hj. Man dan ahli-ahli PERSIAP Kajang dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
Pengisian majlis pada sambutan tersebut telah dimeriahkan dengan nyanyian nasyid dari penghuni penjara dan sesi ceramah bertajuk “ Rasulullah, Qudwah Hasanah “ yang telah disampaikan oleh pendakwah bebas Ustaz Wan Akashah b. Abdul Hamid.
Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra bersama Y. Bhg. Datin Wira Hajjah Noraini bt. Hj. Man bersama ahli-ahli PERSIAP Kajang dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi mempromosikan produk-produk makanan sejuk beku dan bakeri institusi ini bersama Utusan Karya. Majlis selesai pada jam 12.30 tengahari.