Pada 3 Disember 2009 (Khamis) jam 3.00 petang , bertempat di Dewan Bankuet, Mess Ibu Pejabat Penjara Malaysia melalui Biro Pendidikan PERSIAP Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Maktab Penjara Malaysia telah menganjurkan satu aktiviti yang menjurus kepada membentukan jati diri insan yang berketerampilan islamiah dan berupaya menghadapi mehnah dan tribulasi masa kini.
Ceramah yang bertajuk “Gejala Sosial masa Kini : Apakah Peranan Kita?” yang disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas dari JAKIM, Cawangan Pembangunan Keluarga iaitu Ustazah Hjh. Zawiah binti Hassan. Majlis ilmu tersebut dihadiri oleh Yang Dipertua PERSIAP Datin Wira Hjh Noraini binti Hj Mat dan seramai 65 orang yang terdiri daripada isteri Pengarah-Pengarah Bahagian, kakitangan wanita Ibu Penjara Penjara Malaysia dan Maktab Penjara Malayasia serta isteri pegawai-pegawai penjara.
Majlis tersebut berakhir jam 5.00 petang, di hujung majlis semua tetamu dihidangkan dengan jamuan ringan.