Arkib Berita 2009 Majlis Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Cemerlang Tahun 2009

Sumbangan kepada anak-anak kakitangan Penjara yang kecemerlangan dalam bidang akademik. Walaupun peranan sebenar PERSIAP adalah bagi mengeratkan silaturrahim antara ahli persatuan namun dalam masa yang sama kebajikan ahlinya turut diberi perhatian. Sehubungan dengan itu, PERSIAP telah memberikan pelbagai kemudahan dan sumbangan kepada ahlinya terrmasuklah sumbangan kewangan kepada anak-anak kakitangan yang berjaya mendapat kelulusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Penyampaian sumbangan berbentuk wang bagi pelajar yang mendapat kelulusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM termasuk mereka yang berjaya memasuki Universiti, calon PMR dan calon UPSR. Ini merupakan sumbangan tahunan yang diberikan oleh PERSIAP kepada anak-anak kakitangan.

Ekoran dari itu, pada tahun ini seramai ... orang anak-anak kakitangan Jabatn Penjara yang mendapat kelulusan cemerlang di dalam peperiksaan akademik tahun 2008 telah menerima sumbangan tersebut.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PERSIAP Y.Bhg Datin Hjh Noraini binti Hj Mat kepada kakitangan Majlis bertempat di Bilik Seminar, Maktab Penjara Malaysia pada 24 Julai 2009 (Jumaat).

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan