Arkib Berita 2009 Lawatan Pengerusi PUSPANITA KDN Di Jabatan Penjara Malaysia

Sempena dengan lawatan Y. Bhg. Datuk Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada 20hb. Julai 2009, ahli-ahli PERSIAP telah berpeluang menemui Y. Bhg. Datin Nabihah bt. Hj. Hassan, Pengerusi PUSPANITA KDN dalam satu Majlis Ramah Mesra Bersama PERSIAP. Semasa majlis berkenaan Y. Bhg. Datin Wira Hjh. Noraini bt. Hj. Man telah menyampaikan taklimat berkaitan PERSIAP dan disusuli pula penyampaikan amanat daripada Y. Bhg. Datin Nabihah bt. Hj. Hassan.

Y. Bhg. Datin Nabihah bt. Hj. Hassan kemudiannya telah dibawa melawat ke Penjara Wanita Kajang untuk melihat secara lebih dekat kehidupan di penjara. Dalam sesi lawatan ini beliau diberi taklimat oleh Pengarah Penjara Wanita Kajang berkaitan aktiviti yang dijalankan di institusi berkenaan.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan