21 Julai 2022 (Khamis) - Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah menerima kunjungan daripada YDP Persiap Malaysia Sempena Mesyuarat Pengurusan Bersama Pengarah Penjara Negeri Jabatan Penjara Malaysia Bil.2 Tahun 2022 yang diketuai oleh Yang Dipertua Persiap Malaysia Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin bersama Ahli Jawatankuasa Persiap ke Muzium Penjara Malaysia.
Kunjungan ini di sambut oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir, Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan memulakan aktiviti lawatan ke tapak pameran-pameran yang berada di Muzium Penjara. Di dalam lawatan ini rombongan telah didedahkan tentang sejarah penubuhan Muzium Penjara dan cara pengendaliannya selain memperkenalkan premis ini sebagai salah satu institusi yang membantu dalam pencegahan jenayah kepada golongan muda terdiri daripada pelajar sekolah dan belia.
Sesi lawatan ini diakhiri dengan jamuan minum petang di Kopi Jail.