Lawatan Kunjung Hormat Oleh YDP Persiap Malaysia Ke Pusat Koreksional Jasin

20 Julai 2022 (Khamis), Lawatan Kunjungan Hormat oleh YDP PERSIAP Malaysia YBhg. Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin, YBhg. Datin Hajah Rosnani Binti Mohamad Naib YDP I PERSIAP Malaysia, YBhg. Datin Hajah Zaiyah Binti Abd Kasim Naib YDP II PERSIAP Malaysia ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka disambut oleh PP Mohd Marzuki Bin Ibrahim Timbalan Pengarah PK Jasin, Melaka.

Lawatan ini bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi dengan melawat ke ladang Nanas MD2 dan sesi penanaman nanas oleh YBhg. Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin. Aturcara seterusnya lawatan ke kebun sayur di sekitar PK Jasin, Melaka.

Objektif majlis ini adalah bertujuan bagi mengeratkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim antara ahli PERSIAP Negeri Melaka bersama pengurusan tertinggi PERSIAP Malaysia. Lawatan diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Pelawat oleh YBhg. Datin Hajah Zihana binti Mohd Zin.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan