Program Bubur Asyura PERSIAP Ahli Bersekutu (AB) Cawangan IPPM/MPM

Pada 16 Ogos 2022 bertempat di Masjid Jabatan Penjara Malaysia telah berlangsung Program Bubur Asyura anjuran PERSIAP Ahli Bersekutu (AB) Cawangan IPPM/MPM dengan kerjasama Biro Ahli Bersekutu PERSIAP Cawangan IPPM/MPM sempena bulan Muharram. Ianya telah mendapat kerjasama yang amat baik dari kalangan Ahli Bersekutu Cawangan (AB) IPPM/MPM dan Ahli PERSIAP Cawangan IPPM/MPM bagi menyiapkan bahan masakan tersebut dan bergotong royong mengacau bubur berkenaan. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran turut serta YBhg. Datin Hjh Rosnani Binti Mohamed, Pengerusi Persiap Cawangan IPPM/MPM. Acara tahunan ini diadakan secara gotong royong dan telah dihadiri seramai hampir 35 orang ahli. Aktiviti ini wajar dilaksanakan pada masa akan datang kerana ia dpt mengeratkan lagi tali silaturrahim dan mendapat keberkahan daripada Nya.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan