Program Ziarah Kebajikan Dan Sumbangan Banjir Serta Sesi Ramah Mesra PERSIAP Negeri Melaka Bersama YBhg. Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin (Yang Dipertua PERSIAP Malaysia)

Pada 22 Julai 2022 (Jumaat), bertempat di Kafetaria, Penjara Sungai Udang telah diadakan Program Ramah Mesra dan Ziarah Kebajikan Bersama YBhg. Datin Hajah Zihana Binti Mohd Zin (Yang Dipertua PERSIAP Malaysia). Turut hadir Naib YDP. I PERSIAP Malaysia YBhg. Datin Hajah Rosnani binti Mohamed, Naib YDP. II PERSIAP Malaysia YBhg. Datin Zaiyah Binti Abd Kasim dan wakil Pengerusi PERSIAP Negeri Melaka Puan Norneelah Binti Shukor. Tujuan program ini adalah untuk ramah mesra ziarah kebajikan dan penyampaian sumbangan kepada ahli dan anak yang mengalami sakit kronik, anak kelainan upaya (OKU) dan bantuan kepada mangsa banjir kepada ahli PERSIAP. Program diteruskan dengan sesi lawatan ke Penjara Sungai Udang dan telah disambut oleh YDH. TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang). Lawatan meliputi di Bengkel Pastri, ladang fertigasi dan Blok Penempatan Banduan Wanita. Program telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan