Mesyuarat Agung Tahunan Persiap Pusat Koreksional Bintulu/PPK/ PPA Kali Ke-8

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSIAP
PUSAT KOREKSIONAL BINTULU/ PPK/ PPA KALI KE-8


Pada 11 Mei 2024 (Sabtu), telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PERSIAP Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA Kali Ke-8. Seramai 35 orang ahli telah hadir pada mesyuarat tersebut. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA merangkap Penaung PERSIAP Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Mesyuarat edisi ke-8 ini telah membubarkan Jawatankuasa Cawangan Sesi 2022/2023 dan telah membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu bagi sesi 2024/2025. Selesai mesyuarat, telah diadakan sesi penyampaian sumbangan kebajikan kepada 3 orang ahli PERSIAP yang sedang menghidap penyakit kronik dan beberapa orang anak istimewa. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan