Pengenalan

Persatuan Wanita di institusi Penjara telah lama wujud di mana pengurusan pentadbirannya di bawah institusi masing-masing. Dengan tujuan untuk menyatukan Persatuan-Persatuan Wanita di institusi di bawah satu pengurusan dan segala aktiviti dapat diselaraskan, maka PERSIAP ditubuhkan. PERSIAP iaitu singkatan dari Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia dengan rasminya didaftarkan pada 28 Ogos 1989.


Pada peringkat awal, Pejabat Pendaftar Pertubuhan tidak mahu lagi menerima mana-mana pertubuhan wanita diwujudkan selepas penubuhan PUSPANITA. Pihak pengurusan terpaksa menyemak semula mana-mana pertubuhan wanita yang telah didaftarkan di peringkat negeri sebelum penubuhan PUSPANITA. Pihak pengurusan bernasib baik kerana pertubuhan wanita (WI) Penjara Taiping telah didaftarkan, lalu dipindahkan pendaftaran WI Penjara Taiping ke Kuala Lumpur. Dengan demikian dapatlah PERSIAP didaftarkan. Ini semua berkat kesungguhan dan kebijaksanaan Ketua Pengarah Penjara pada masa itu, Y.Bhg Dato' Ibrahim b. Mohamad.


Majlis perasmian pembukaan PERSIAP telah diadakan di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Selepas penubuhan secara rasmi, Datin Habsah bt. Dato' Yusof dilantik menjadi Yang DiPertua. Selepas itu setiap isteri Ketua Pengarah Penjara akan dilantik menjadi Yang DiPertua PERSIAP Malaysia.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan