Resepi Masakan - Puding Roti Marble

Bahan-bahan ( satu loyang )

* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair
* 8gram serbuk agar2
* 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
* 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
* 31/2 cawan @ 230ml air
* 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) @ nescafe

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yg sudah didih tadi.
3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih, matikan api.
4. Bahagi kepada 2, satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko @ choc emulco @ nescafe.
5. Kacau cepat-cepat dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul.
6. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli, sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis.
7. Ketika melapis @ memarble hendaklah dengan CEPAT sbb puding @ agar-agar ni mudah sejuk @ membeku.
8. Dah siap bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 04 JUNE 2012 03:44)

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan