Bahan-bahannya
1. Agar-agar RM2.50 atau RM2.00
2. Horlick RM5.80
3. Keju 1 buku
4. Tepung Kastad - 3 sudu makan
5. Ais Vanila 1 sudu
6. Susu Ideal 1 tin
7. Gula secukup rasa
8. Telur 4 biji
9. Butter 1 buku di bahagi ½
Cara membuatnya
Agar-agar direndam terlebih dahulu, selepas itu masak agar-agar sampai hancur. Ketepikan dulu. Pukul butter dengan gula sampai naik puteh, selepasa itu masukan horlick, tepung kastad, jus air vanilla, kacau sampai rata. Masukkan bahan yang dipukul ke dalam agar-agar yang direbus tadi. Kacau sampai pekat sedikit, akhir sekali masukkan keju yang telah diparut ke dalam adunan dan kacau sampai rata. Sesudah siap semua masukkan ke dalam loyang dan hiaslah mengikut kreatif sendiri.
Disediakan oleh : PERSIAP, Penjara Sri Aman, Sarawak.
Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 03 Mei 2010 06:17)