Petua Menjaga Kecantikan dan Penampilan Diri

PETUA MENJAGA KECANTIKAN DIRI

Jika sebut tentang perempuan atau wanita, kita tidak lari dengan isu menjadi kecantikan dan penampilan. Kaum wanita sanggup berhabis-habisan samada wang ringgit, tenaga dan sebagainya di dalam usaha menjaga kecantikan mereka. Sungguh saya sekiranya kecantikan yang Allah anugerahkan kepada kita ini tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Tidak semestinya kita menggunakan produk yang mahal atau pergi membuat rawatan yang disebut sekarang ini sebagai ‘plastik surgery’ untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan diri seperti botox, kolagen dan sebagainya. Kita boleh gunakan bahan-bahan semulajadi yang berada di persekitaran kita. Malahan bahan-bahan tersebut terdapat di dapur kita. Itu pun jika kita rajin memasak.

Ikutilah petua-petua yang ingin dikongsi seperti berikut. Mungkin petua-petua tersebut dapat membantu di dalam menjaga dan mengekalkan kecatikan disamping menjaga kesihatan puan-puan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

1. MENGEMPISKAN PERUT
Bahan-bahan
Limau nipis, kapur
Caranya
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . - Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)

- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.


2. MELENTIKKAN BULU MATA
Bahan-bahan
Daun Lidah buaya
Caranya
Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 03 MARCH 2010 10:24)

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan