Kerajaan Elektronik atau e-Government telah lama dilaungkan kerajaan. Semua pihak digesa untuk melaksanakannya dan ini menunjukkan kesungguhan serta betapa kerajaan begitu komited untuk terus maju. Sebagai rakyat, ahli PERSIAP juga seharusnya menyahut seruan ini dengan meningkatkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Adalah satu kerugian jika kita ketinggalan kerana segalanya kini di hujung jari, mudah dan cepat.
Penggunaan internet, laman web, blog dan facebook begitu popular pada masa kini. Oleh itu, setiap individu termasuk ahli PERSIAP seharusnya berusaha mempelajari dan menggunakannya bukan sahaja untuk diri tetapi juga untuk keluarga dan persatuan. Kemahiran yang ada boleh membantu mengawasi anak-anak yang kini begitu akrab dengan teknologi maklumat.
Sesungguhnya kekuatan, kemajuan, keterbukaan dan sokongan PERSIAP adalah salah satu faktor yg menyumbang kepada usaha memartabatkan organisasi. Semoga PERSIAP terus maju dan menjadi persatuan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
“MEMPERKASAKAN MODAL INSAN, KEBAJIKAN DIUTAMAKAN, ORGANISASI DIMARTABATKAN”