Keahlian

Keahlian adalah terbuka kepada dua (2) kategori berikut :
(a) Ahli Biasa
i. Isteri pegawai-pegawai penjara dan kakitangan awam yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia.
ii. Semua pegawai penjara dan juga kakitangan awam wanita yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia.
iii. Anak-anak gadis pegawai-pegawai penjara dan kakitangan awam yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia yang berumur lebih dari 15 tahun yang masih dalam tanggungan ibubapa.


(b) Ahli Bersekutu
Isteri pegawai-pegawai penjara dan kakitangan awam yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia, pegawai penjara dan kakitangan awam wanita yang bertugas di Jabatan Penjara Malaysia yang telah bersara. Mereka tidak layak mengundi dan diundi, hendaklah menjelaskan bayaran yuran sekaligus.

(c) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk diluluskan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut cara itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.


(d) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran yuran bulan pertama seperti yang tertentu, hendaklah diterima menjadi ahli PERSIAP dan berhaklah ia sebagai ahli.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan