Yuran

(a) Bayaran yuran keahlian adalah seperti berikut :
i. Ahli Biasa
Tiap-tiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM1.30 sebulan. Sejumlah RM0.30 daripada yuran yang dikenakan kepada tiap-tiap ahli hendaklah dihantar kepada tabung Majlis Tertinggi  tiap-tiap bulan melalui potongan POA (Persatuan Pegawai-Pegawai Penjara) untuk menampung aktiviti di peringkat Majlis Tertinggi dan cawangan. Manakala RM1.00 diserahkan kepada  persatuan cawangan masing-masing.
ii. Ahli Bersekutu
RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja).

(b) Yuran hendaklah dibayar kepada bendahari dalam masa 10 hari pada awal bulan.

(c) Ahli yang tidak menjelaskan yurannya selama 3 bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha cawangannya. Hak-hak keistimewaannya sebagai ahli akan hilang sehingga yurannya telah dijelaskan.

(d) Ahli yang tidak menjelaskan yurannya lebih dari 3 bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli persatuan. Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima peringatan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(e) Jawatankuasa Majlis Tertinggi mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(f) 20% dari yuran cawangan hendaklah dihantar kepada tabung Majlis Tertinggi tiap-tiap bulan untuk menampung aktiviti di peringkat Majlis Tertinggi dan cawangan. Sumbangan ini hendaklah diserahkan kepada Bendahari Agung tidak lewat daripada 14 haribulan tiap-tiap bulan.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan