Mesyuarat Perwakilan

(a) Wakil-wakil cawangan ialah Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan seorang Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh cawangan.
(b) Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi tidak boleh dilantik menjadi wakil cawangan dan terkecuali bagi memberi undi pemutus oleh Yang Di Pertua atau Naib Yang Di Pertua sebagai Pengerusi, hanya wakil-wakil sahaja yang boleh mengundi di dalam mesyuarat perwakilan.
(c) Koram untuk mesyuarat dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil-wakil bagi setengah bilangan cawangan.
(d) Jika koram tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 10 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis Tertinggi, dan jika koram tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat bagi hari itu tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang persatuan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli-ahli.
(e) Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan bagi persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah akhir tahun kewangan, pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis Tertinggi. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan ialah :-
i. Menerima laporan Jawatankuasa Majlis Tertinggi berkenaan kerja-kerja persatuan didalam tahun yang lalu.
ii. Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata wang yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.
iii. Melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Pemeriksa Kira-kira untuk 2 tahun sekali.
iv. Menguruskan lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(f) Pengumuman awal kerana Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan-perwakilan yang menerangkan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan untuk memberi cadangan-cadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan-pencalonan untuk pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di pejabat persatuan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan tidak lewat daripada 10 hari setelah menerima pengumuman awal itu.
(g) Nama-nama wakil pencalonan-pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk dirundingkan di dalam mesyuarat hendaklah dihantar oleh setiausaha Cawangan supaya sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 14 hari selepas penerimaan pengumuman mesyuarat.
(h) Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurang 14 hari sebelum diadakan mesyuarat satu agenda ( arca mesyuarat ) termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan, cadangan-cadangan dan pencalonan-pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai beserta dengan penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap Wakil Cawangan dan salinan-salinan surat itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli dari alamat berdaftar persatuan itu di pejabat-pejabat cawangan.
(i) Mesyuarat Agung Khas Perwakilan bagi persatuan ini boleh diadakan :-
i. Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Majlis Tertinggi ; atau
ii. Atas permintaan dengan bertulis oleh Ahli-ahli Jawatankuasa bagi lima cawangan atau lebih dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.
(j) Mesyuarat Agung Khas Perwakilan yang diminta oleh cawangan-cawangan hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(k) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas Perwakilan itu hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Agung sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(l) Fasal (d) dan (e) di dalam undang-undang ini berkenaan koram dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas Perwakilan, tetapi dengan syarat jika koram tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas Perwakilan itu atas permintaan cawangan-cawangan maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas Perwakilan yang dipohonkan dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(m) Setiausaha Agung hendaklah menghantarkan kepada semua Setiausaha-setiausaha Cawangan-cawangan salinan rangka peringatan tiap-tiap Mesyuarat-mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan atau Mesyuarat agung Khas Perwakilan dengan seberapa segera setelah selesai mesyuarat itu.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan