Anggota Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi

(a) i. Yang DiPertua ˜ Isteri Ketua Pengarah Penjara Malaysia
ii. Ahli Jawatankuasa Tetap ˜ Isteri-isteri Pengarah, isteri-isteri Ketua Institusi Penjara dan Ketua Institusi Wanita adalah ahli jawatankuasa secara tetap
iii. Naib Yang DiPertua ˜ Dilantik oleh Yang DiPertua
iv. Setiausaha ˜ Dilantik Oleh Yang DiPertua
v. Penolong Setiausaha Agung ˜ Dilantik oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan dua Tahun sekali
vi. Bendahari Agung ˜ Dilantik oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan dua Tahun sekali
vii. Penolong Bendahari Agung ˜ Dilantik oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan dua Tahun sekali
viii. 8 orang ahli jawatankuasa biasa lagi ˜ Dilantik oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan dua Tahun sekali
Ahli-ahli Jawatankuasa ini sebagai jentera pentadbiran persatuan di semua Institusi Penjara Malaysia.

(b) Ahli Jawatankuasa Biasa
Pemegang-pemegang Jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas pemerintah dalam pertubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia.

(c) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas kecuali (a) (i), (ii), (iii) dan (iv) hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan. Semua pegawai-pegawai persatuan boleh dilantik semula tiap-tiap 2 tahun sekali.

(d) Tugas Jawatankuasa Majlis Tertinggi ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan. Jawatankuasa Majlis Tertinggi seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Majlis Tertinggi mestilah sentiasa taat kepada keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan. Jawatankuasa Majlis Tertinggi hendaklah memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan.

(e) Jawatankuasa Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam 3 bulan dan dalam tempoh 14 hari pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli. Yang Di Pertua dengan sendirinya atau tidak kurang daripada 3 orang Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan koram mesyuarat.

(f) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan dengan surat pekelilingan. Syarat-syarat yang berikutan hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh dianggap sebagai telah diterima :-
i. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang dihantar kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa.
ii. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka kepada cadangan itu dan ;
iii. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi kemudiannya untuk dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(g) Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi yang mungkir menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

(h) Jika seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Majlis Tertinggi melantik lain-lain ahli persatuan memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan diadakan.

(i) Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan lain-lain pegawai untuk menjalankan urusan-urusan persatuan. Ia boleh melantik pengurus-pengurus dan kakitangan-kakitangan yang difikirkannya mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Agung atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.

(j) Di antara Mesyuarat-mesyuarat Agung Perwakilan, Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak tersebut di dalam undang-undang ini.

(k) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan keputusan Jawatankuasa Agung terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Perwakilan.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan