Kewajipan Pegawai

(a)Yang Di Pertua dalam masa j awatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Perwakilan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mem punyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek persatuan bersama-sama ini dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

(b) Naib Yang Di Pertua hendaklah memangku jawatan Yang Di Pertua semasa ketiadaannya.

(c) Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja-kerja persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Mesyuarat-mesyuarat Perwakilan dan Jawatankuasa Majlis Tertinggi. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek persatuan bersama-samadengan Yang di Pertua dan Bendahari Agung.

(d) Penolong Setiausaha Agung hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itusemasa ketiadaan Setiausaha Agung.

(e) Bendahari adalah bertanggungj awab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek persatuan bersama-samadengan Yang Di Pertua dan Setiausaha Agung.

(f) Penolong Bendahari mem bantu Bendahari Agung di dalam menjalankan tugasnya dan memangku jawatan Bendahari Agung semasa ketiadaannya

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan