Kewangan

(a) Disyaratkan  kepada  peruntukan-peruntukan  yang  berikut  bagi undang-undang  ini,  wang  persatuan  ini  boleh  digunakan  untukperkara  yang  berfaedah  bagi  m enjalankan  tujuan-tujuanpersatuan,  termasuklah  belanja  pentadbiran,  bayaran  gaji,biayaan  dan  perbelanjaan  pegawai-pegawai  dan  kakitangan yang  bergaji  dan upah  memeriksa  kira-kira  tetapi  walaubagaimanapun  tidaklah  boleh  digunakan  untuk  membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

(b) Bendahari Agung dibolehkan menyimpan wang runcit tidak  lebih daripada  RM300.00  pada  sesuatu  m asa.  Wang  yang  lebih daripada jumlah itu m estilah dimasukkan di dalam  tempoh 7 hari ke  dalam   bank  yang  disetujui  oleh  Jawatankuasa  Majlis Tertinggi. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan.

(c) Segala  cek-cek atau  kenyataan  pengeluaran wang dari kira-kira persatuan  hendaklah  ditandatangani  bersama  oleh  Yang  Di Pertua  (atas  ketiadaannya  oleh  Naib  Yang  Di  Pertua), Setiausaha  Agung  dan  Bendahari  Agung.  Kerana  ketiadaan Setiausaha  Agung  atau  Bendahari  Agung  maka  bolehlah Jawatankuasa Majlis  Tertinggi  melantik  sesiapa  di  antara mereka sebagai pengganti untuk menurunkan tandatangan.

(d) Perbelanjaan  yang  lebih  daripada  RM3,000.00  bagi  sesuatu masa  tidak  boleh  dibayar  dengan  tidak diluluskan  terlebih dahulu  oleh  Jawatankuasa  Majlis  Tertinggi  dan  perbelanjaan yang  lebih  daripada  RM5,000.00  bagi  sebulan,  tidak  bolehdilakukan  tanpa  mendapat  kebenaran  Mesyuarat  Agung Perwakilan terlebih dahulu. Perbelanjaan  yang  kurang  daripada RM3,000.00 pada sesuatu m asa boleh dibenarkan oleh Yang Di Pertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

(e) Penyata  dari  hal  wang  yang  diterima dan dibelanjakan  berserta timbangan  kira-kira  bagi  setahun hendaklah  disediakan  dan diperiksa  oleh  pemeriksa  kira-kira  mengikut Undang-undang  13 dengan  seberapa  segeranya  setelah  tamat  tahun  kewangan.Penyata  kira-kira  yang  telah  diperiksa  itu  hendaklah
dikemukakan  untuk  kelulusan  Mesyuarat  Agung  Tahunan Perwakilan  yang  berikutan  dan  salinan-salinannya  hendaklah dapat  diperolehi  untuk  makluman  ahli  dari  alamat  persatuan yang berdaftar dan pejabat tiap-tiap cawangan-cawangan.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan