Pemeriksa Kira-Kira

(a) Satu orang atau lebih yang bukannya pegawai-pegawai persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan dua tahun sekali sebagai Pemeriksa Kira-kira Kehormat. Mereka akan memegang jawatan selama 2 tahun dan tidak boleh dilantik semula
ATAU
Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan boleh melantik untuk diupah seorang Pemeriksa Kira-kira yang bertauliah (atau Syarikat Akauntan) yang bukan ahli persatuan. Pemeriksa Kira-kira yang dilantik seperti ini akan memegang jawatannya sehingga ia meletakkan jawatan ataupun sehingga diberhentikan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung Perwakilan.

(b) Pemeriksa atau Pemeriksa-pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki m emeriksa kira-kira persatuan dan cawangan- cawangannya bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Perwakilan dan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan. Ia/Mereka harus juga dikehendaki bila-bila masa oleh Yang Di Pertua mem eriksa kira-kira persatuan atau cawangannya bagi bila-bila masa di dalam tempoh jawatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Majlis Tertinggi.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan