Pengamanah

(a) Tiga orang  Pengamanah yang berumur lebih  daripada 21 tahun hendaklah  dilantik  di  dalam  Mesyuarat  Agung  TahunanPerwakilan  dan  mereka  akan  berkhidmat  selama  yang dikehendaki oleh persatuan. Kepada mereka akan diamanahkansemua  harta  tetap  kepunyaan  persatuan  dan  mereka  akan meguruskan  harta  itu  mengikut  cara  yang  diperintahkan  oleh Jawatankuasa Pusat.

(b) Pengam anah  tidak  boleh  menjual,  menarik  balik  atau menukarkan  harta  kepunyaan  persatuan  dengan  tidak  adapersetujuan  dan  kuasa  yang  diberikan  oleh  Mesyuarat  Agung Perwakilan.

(c) Seorang Pengamanah boleh dilucutkan daripada j awatannya oleh Jawatankuasa Pusat oleh sebab uzur kerana penyakit,tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnyaatau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian,
letakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilanmaka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Jawatankuasa Pusat sehingga Pengamanah yang baharu dilantik di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.

(d) Pengamanah  yang  dilucutkan  daripada  jawatannya  mengikut undang-undang  ini  berhak  merayu  kepada  Mesyuarat  Agung Perwakilan yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan