Penubuhan Dan Pembubaran

(a) Jawatankuasa  Majlis  Tertinggi  boleh  membenarkan  penubuhan cawangan di  peringkat  Ibu  Pejabat  Penjara  dan  semua institusi penjara di seluruh Malaysia.

(b) Jawatankuasa  Majlis  Tertinggi  boleh  membubarkan  cawangan,jika  cawangan  tidak  patuh  kepada  undang-undang  persatuan atau  keputusan  Mesyuarat  Perwakilan  atau  Jawatankuasa Majlis  Tertinggi  atau  jika  difikirkan  bersalah  oleh  Jawatankuasa Majlis Tertinggi kerana perbuatan yang merosakkan persatuan.

(c) Keputusan  membubarkan  cawangan  hendaklah  dengan  undi terbanyak  di  dalam  Mesyuarat  Jawatankuasa  Maj lis  Tertinggi dengan  syarat  sebelum  diambil  keputusan  membubarkan cawangan  dengan  sebab  yang  disebutkan  di  dalam  perenggan.

(d) di  atas,  cawangan  yang  berkenaan  hendaklah  diberi  satu kenyataan,  30  hari  terlebih  dahulu  dan  diberi  peluang  untuk menjawab tuduhan-tuduhan.

(e) Perintah pem bubaran cawangan hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh dijalankan mulai dari tarikh penerimaan perintah kecuali kerana urusan berkenaan pembubaran. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh dengan kenyataan bertulis kepada
Setiausaha Agung di dalam tempoh 32 hari daripada penerimaan perintah, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan-perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian
Jawatankuasa Majlis Tertinggi boleh melantik satu jawatankuasa pengurus dari ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal cawangan itu sementara rayuan ditimbangkan.

(f) Cawangan  yang  ditutup  kerana  sebab  yang  disebutkan  pada Fasal  (b)  aturan  ini  maka  ahli-ahli  akan  terhenti  daripada menjadi ahli persatuan.

(g) Adalah menjadi tanggungan kepada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu m enyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku-buku, rekod-rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki oleh cawangan itu beserta dengan satu keterangan kira-kira cawangan mulai daripada tarikh akhir penyata itu
dihantarkan sehingga tarikh perintah penutupan.

(h) Jika ahli-ahli sesuatu cawangan hendak keluar dari persatuan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung semua buku- buku, rekod-rekod, wang dan harta-harta lain persatuan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan keterangan kira-kira
kepada Setiausaha Agung seperti di dalam Fasal (f) di atas ini.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan