Mesyuarat Agung Cawangan

(a) Tiap-tiap ahli cawangan persatuan berhak menghadiri, bercakap dan  mengundi  dalam  sebarang  Mesyuarat  Agung Cawangannya.

(b) Mesyuarat  Agung  Tahunan  Cawangan  akan  diadakan  tidak lewat  dari  14  hari  selepas  menerim a  pemberitahu  yang  awal mengenai  Persidangan  Perwakilan  Tahunan,  supaya pemberitahu  mengenai  masa,  tarikh  dan  tempat  akan dikeluarkan  dan  salinan-salinan  agenda  dan  penyata  kira-kira akan  diberi  kepada  ahli-ahli  tidak  kurang  dari  7  hari  sebelum mesyuarat diadakan.

(c) Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan ialah untuk :-
    (i) Menerima laporan Bendahari Cawangan dan kira-kira cawangan yang telah diaudit bagi tahun lepas.
    (ii) Melantik wakil-wakilnya kepada persidangan perwakilan untuk tahun hadapan.
    (iii) Melantik Jawatankuasa Cawangan dan pemeriksa-pemeriksa kira-kira untuk dua tahun sekali.
    (iv) Membincangkan perkara-perkara lain yang telah dibentangkan kepadanya.

(d) Suatu Mesyuarat Agung Luar biasa Cawangan hendaklah diadakan :-
    (i) Atas perintah Jawatankuasa Majlis Tertinggi; atau
    (ii) Apabila Jawatankuasa Cawangan fikirkan mustahak; atau
    (iii) Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari 10 ahli-ahli cawangan dengan menyatakan tujuan dan sebabdiadakan mesyuarat itu.

(e) Suatu  Mesyuarat  Agung  Luar  Biasa  Cawangan  yang  diadakan atas  permintaan ahli-ahli  akan  diadakan  tidak  lewat dari  15 hari selepas diterima permintaan tersebut.

(f) Sekurang-kurangnya  setengah  dari  jum lah  ahli-ahli  cawangan atau  dua  kali  jumlah  ahli  jawatankuasa  ikut  mana  yang  kurang mesti  hadir  di  dalam  sesuatu  Mesyuarat  Agung  untuk mengesahkan perjalanannya.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan