JawatanKuasa Cawangan

(a) Suatu  jawatankuasa  cawangan  seperti  berikut,  yang  akan dikenal  sebagai  pemegang  jawatan  cawangan  akan  dilantik pada tiap-tiap  Mesyuarat  Agung  Tahunan Cawangan  dua tahun sekali :-

I. AHLI JAWATANKUASA DI PERINGKAT IBU PEJABAT
PENJARA MALAYSIA
i. Pengerusi Isteri Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pindaan)
ii. Ahli Jawatankuasa biasa tetap adalah isteri-isteri Pengarah yang bertugas di Ibu Pejabat Penjara.
iii. Naib Pengerusi dan Setiausaha dilantik oleh Pengerusi.
iv. Penolong setiausaha Dilantik di dalam Mesyuarat
v. Bendahari Agung dua tahun sekali.
vi. Penolong Bendahari
vii. 8 orang Ahli Jawatankuasa biasa yang terdiri daripada wakil-wakil bahagian dan juga isteri-isteri kakitangan awam Jabatan Penjara yang bertugas di Ibu Pejabat Penjara, dilantik dua          tahun sekali oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
II. AHLI JAWAT ANKUASA DI PERINGKAT INSTITUSI PENJARA
i. Pengerusi - Isteri Ketua Institusi
ii. Naib Pengerusi - Dilantik oleh Pengerusi
iii. Setiausaha - Dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan ahli jawatankuasa.
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari Dipilih di dalam Mesyuarat Agung
vi. Penolong Bendahari dua tahun sekali
vii. 8 Orang ahli jawatankuasa biasa

(b) Pemegang-pemegang jawatan cawangan persatuan ini dan tiap-tiap  pegawai  yang  menjalankan  tugas-tugas  pemerintah  dalam cawangan persatuan ini hendaklah warganegara Malaysia.

(c) Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas kecuali 19(a) (I) (i)  (ii)  (iii)  dan  19(a)  (II)  (i)  (i i)  (iii)  hendaklah  dicadang  dan disokong  dan  pemilihan  dijalankan  dengan  cara mengundi  oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan. Semua pegawai-pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(d) Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian cawangan mengikut Undang-undang Persatuan dan arahan-arahan Jawatankuasa Majlis Tertinggi dan Persidangan Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan dan adalah cukup bilangan jika hadir setengah daripada ahli-ahlinya. Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 14 hari selepas mesyuarat itu diadakan.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan