Tugas-tugas Pegawai Cawangan

(a) Pengerusi dalam masa jawatannya akan menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan tanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat-mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan akan menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(b) Naib  Pengerusi  akan  memangku  jawatan  Pengerusi  semasa ketiadaannya.

(c) Setiausaha  hendaklah  menjalankan  kerj a-kerja  persatuan mengikut  undang-undang  dan  hendaklah  ia  menjalankan perintah-perintah  Mesyuarat  Agung  dan  Jawatankuasa.  Ia bertanggungjawab  menguruskan  hal-hal  surat  menyurat  dan menyimpan  semua  buku-buku,  surat-surat  dan  kertas-kertas kecuali kira-kira dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam  semua  mesyuarat  dan  membuat  catatan-catatan.  Ia hendaklah  menandatangani  semua  cek  persatuan  bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari.

(d) Penolong  Setiausaha  hendaklah  membantu  Setiausaha menjalankan  kerja-kerjanya  dan memangku  jawatan  itu semasa ketiadaannya.

(e) Bendahari  adalah  bertanggungjawab  berkenaan  semua  hal kewangan  pertubuhan.  Ia  hendaklah  mem buat  dan  menyimpan kira-kira  berkenaan  semua  perkara  kewangan  dan bertanggungjawab  di  atas  kebetulannya.  Ia  hendaklah menandatangani  semua  cek-cek  persatuan  bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

(f) Penolong  Bendahari  hendaklah  mem bantu  Bendahari menjalankan  tugas-tugas  dan  memangku  j awatan  tersebut semasa ketiadaannya.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan