Kewangan Cawangan

(a) Semua  wang  yang  dikutip  di  Ibu  Pejabat  dan  di  cawangan-cawangan  persatuan  akan  menjadi  kepunyaan  bersamapersatuan.

(b) Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan akan menentukan dari semasa ke semasa berapa peratus dari yuran yang akan disimpan di cawangan sebagai kumpulan wang cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanj aan yang akanmenggunakan wang cawangan.

(c) Tiap-tiap  Bendahari  Cawangan  akan  menyampaikan  kepada Bendahari  Persatuan  sebelum  15hb.    tiap-tiap  bulan,  yuran-yuran  yang  lebih  dari  jum lah  peratusan  yang disimpan  sebagai kumpulan wang cawangan.

(d) Bendahari  Cawangan  akan  juga  menyampaikan  kepada Bendahari  Persatuan  sebelum  15hb.  tiap-tiap  bulan,  suatu penyata  pendapatan  dan  perbelanjaan  cawangan-cawangan bagi bulan lepas.

(e) Semua wang cawangan hendaklah disimpan di dalam nama cawangan di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis tertinggi dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama- sama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM200.00 pada suatu masa. Perbelanj aan yang melebihi RM1,000.00 pada sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran diperolehi terlebih dahulu daripada Jawatankuasa Cawangan. Perbelanjaan yang lebih daripada RM3,000.00 bagi sebulan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran Mesyuarat Agung Cawangan. Perbelanjaan yang kurang daripada RM1,000.00 pada satu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

(f) Semua  wang,  buku-buku  dan  lain-lain  harta  persatuan  yang dipegang  oleh  mana-mana  cawangan  yang  telah  dibubarkan akan  dihantar  dengan  segera  oleh  Setiausaha  Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kira-kira  sebagai  yang  diterangkan  di  perenggan  (f)  dan  (g)  bagi undang-undang 17.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan