Larangan

(a) Permainan  yang  disebutkan  di  bawah ini  tidak  boleh  dimainkan di  dalam  rumah persatuan :- Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin,  Belangkai,  Pai  Kau,  Tau  Ngau,  Tien  Kow,  Chap  Ji  Kee, Sam   Cheong,  Dua  Puluh  Satu,  Tiga  Puluh  Satu,  Sepuluh  dan Setengah,  semua  perm ainan  dadu,  banker’s  game  dan  semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib.

(b) Persatuan  atau  ahli-ahlinya  tidak  boleh  mencuba  menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang  atau  mengambil  peranan  di  dalam  gerakan kesatuan  sekerja  seperti  yang  diterangkan  di  dalam  Undang- undang Kesatuan Sekerja, 1959.

(c) Persatuan  ini  tidak  boleh  menjalankan  loteri  sama  ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawainya atau jawatankuasa atau ahli.

(d) Seseorang  pelajar  universiti  atau  kolej  universiti  tidak  boleh diterima  menjadi  ahli  persatuan  ini  kecuali  ia  telah  dibenarkan terlebih  dahulu  secara  bertulis  oleh  Naib  Canselor  Universiti berkenaan.

(e) Faedah-faedah  seperti  yang  diterangkan  di  bawah  Seksyen  2 Akta Pertubuhan, 1966 tidak boleh diberi oleh persatuan kepada mana-mana ahli-ahli persatuan.

 

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan