Executive Talk PERSIAP Cemerlang telah diadakan pada 27 November 2019 bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Melaka (IKOM). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia (YDP). Seramai 70 orang ahli PERSIAP telah menghadiri majlis tersebut. Tujuan majlis diadakan adalah bagi perkongsian maklumat untuk para peserta mengenai hala tuju Persiap pada masa akan datang.
Para peserta juga telah diseru untuk memainkan peranan aktif dan professional dalam menggerakkan aktiviti persiap supaya dapat memberi manfaat kepada ahli dalam cawangan masing-masing. YDP juga menyeru semua Pengerusi Persiap dan Ahli TURUN padang khususnya bagi aktiviti kebajikan ahli agar Persiap sentiasa dekat di hati. Persiap Semoga majlis ini dapat diadakan pada masa akan datang.