Kursus Pengurusan Mesyuarat Berkualiti telah diadakan pada 26 November 2019 hingga 27 November 2019 bertempat di Institut Koreksional Malaysia, Melaka (IKOM). Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Azman bin Abd Wahad dari INTAN Wilayah Selatan (IKWAS). Seramai 62 orang peserta dari seluruh cawangan telah menyertai kursus tersebut. Kumpulan sasaran kursus ini adalah terdiri daripada Setiausaha Persiap setiap cawangan.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran mengurus mesyuarat secara berkualiti dan penulisan minit mesyuarat mengikut format yang telah ditetapkan. Para peserta juga didedahkan cara penyediaan dokumen-dokumen berkaitan mesyuarat termasuklah cara mengambil nota di dalam mesyuarat seterusnya menulis minit mesyuarat mengikut format yang praktikal dan berkesan. Kursus ini amat bermanfaat oleh ahli Persiap terutamanya kepada setiausaha dalam pengurusan mesyuarat Persiap dan penyediaan minit dengan format yang betul.