Berita & Peristiwa 2019 Lawatan Turun Padang YBhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee Binti Haji Abdul Rahman, Penaung Puspanita Cawangan KDN Ke Penjara Bentong, Pahang

YBhg. Puan Sri Datin Paduka Noorainee binti Haji Abdul Rahman bersama Puspanita Cawangan KDN mengadakan lawatan ke Penjara Bentong, Pahang.YBhg. KP Dato' Ab Basir bin Mohamad selaku Pengarah Penjara Negeri Pahang memberikan taklimat keselamatan dan pengurusan di pintu utama Penjara Bentong.Seterusnya rombongan dipersembahkan dengan tarian Selamat Datang oleh penghuni wanita Penjara Bentong. Kemudiannya rombongan dibawa melawat Bengkel Tenun Pahang DiRaja dan Bengkel Pastri.

Turut hadir ialah YBhg. Datin Norlizah binti Ag Ahmad, Timbalan Penaung Puspanita Cawangan KDN, YBhg. Datin Seri Roba’aishah binti Mohd Ghazali, Pengerusi Puspanita Cawangan KDN, YBhg. Dato’ Seri Alwi bin Hj Ibrahim, KSU KDN dan YBhg Dato’ Jamil bin Rakon, TKSU (P) KDN serta isteri dan YBhg. Dato’ Sri Hj. Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri.

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan