Pengenalan

Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia

Sistem Maklumat Ahli Persiap

Laman Pangkalan Maklumat Ahli Persiap Seluruh Malaysia

Objektif Persatuan

Merapatkan perhubungan muhibbah dan silatulrahim serta menyatupadukan isteri-isteri dan pegawai...

Ruangan Kreativiti

Memaparkan Karya-Karya Kreatif Cerpen, Nukilan & Penceritaan

Logo & Tafsiran

Isteri bermakna isteri kepada pegawai-pegawai penjara. Anggota Wanita bermakna semua pegawai...

Sumpah Persiap

Bersatu kita wanita, Diseluruh bumi Malaysia, Bertekad kuat bersatu, Di bawah panji mu PERSIAP Penjara

Info Terkini

 Sesungguhnya kekuatan, kemajuan, keterbukaan dan sokongan PERSIAP adalah salah satu faktor yg menyumbang
kepada usaha memartabatkan organisasi. Semoga PERSIAP terus maju dan menjadi persatuan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.  
 

Info Terkini Borang Permohonan Ahli / Ahli Bersekutu
Klik Sini Untuk Muatnaik Borang

Berita & Peristiwa

PETUA MENJAGA KECANTIKAN DIRI

Jika sebut tentang perempuan atau wanita, kita tidak lari dengan isu menjadi kecantikan dan penampilan. Kaum wanita sanggup berhabis-habisan samada wang ringgit, tenaga dan sebagainya di dalam usaha menjaga kecantikan mereka. Sungguh saya sekiranya kecantikan yang Allah anugerahkan kepada kita ini tidak dijaga dengan sebaik mungkin. Tidak semestinya kita menggunakan produk yang mahal atau pergi membuat rawatan yang disebut sekarang ini sebagai ‘plastik surgery’ untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan diri seperti botox, kolagen dan sebagainya. Kita boleh gunakan bahan-bahan semulajadi yang berada di persekitaran kita. Malahan bahan-bahan tersebut terdapat di dapur kita. Itu pun jika kita rajin memasak.

Ikutilah petua-petua yang ingin dikongsi seperti berikut. Mungkin petua-petua tersebut dapat membantu di dalam menjaga dan mengekalkan kecatikan disamping menjaga kesihatan puan-puan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

1. MENGEMPISKAN PERUT
Bahan-bahan
Limau nipis, kapur
Caranya
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . - Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)

- Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.


2. MELENTIKKAN BULU MATA
Bahan-bahan
Daun Lidah buaya
Caranya
Ambil daun lidah buaya - Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata - Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 03 MARCH 2010 10:24)

 

Walaupun pelbagai teknologi canggih diperkenalkan bagi merawat serta mencantikkan rambut, masih ramai wanita yg suka mengamalkan petua orang tua2 untuk menjaga mahkota mereka. Antara petua yg paling terkenal di kalangan org Melayu kita ialah penggunaan santan. Khasiatnya memang terkenal utk melembut serta melebatkan rambut. Caranya mudah, ambil kelapa tua & perah pekat2. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dgn tuala bersih & perap setengah jam.


Selain itu, minyak kelapa yg dibuat sendiri juga baik utk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur. Caranya mudah, perah santan dpd 2 atau 3 biji kelapa tua. Ambil yg pekat saja (2 kali perah). Kemudian jerang di dlm kuali besar tebal. Sebaik2nya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sgt lama (hampir sehari suntuk). Kemudian biarkan ia sejuk & baru dijaram pada kepala. Selain itu, minyak bijan juga elok utk melebatkan rambut. Agar lebih harum, campur minyak dgn bunga melur atau bunga melati & daun pandan. Bagi mengelakkan hapak, pastikan sisa minyak dibasuh bersih.

Wanita Jawa pula gemar menggunakan abu batang padi utk mencuci rambut. Biasanya batang padi yg baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Guna hampas tapisan batang padi utk mencuci rambut, kemudian bilas dgn air rendamannya. Selepas itu baru dicuci dgn air biasa sebersih2nya.


Bagi menghilangkan kelemumur, campur air perahan limau nipis dgn sedikit air & genyeh pada kulit kepala. Ada juga yg rajin mengumpul embun pada awal pagi & diusap2 pada pangkal rambut. Ia dipercayai mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala.
Selain itu, lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya elok disapu pada kulit kepala utk menyejukkan serta mengelakkan rambut gugur. Ia juga bertindak sbg perapi.

Di kalangan wanita barat, penggunaan minyak buah pic, ginseng & minyak bunga kesumba digunakan dgn meluas utk mengatasi rambut gugur. Ada juga yg menggunakan gel pokok kektas & daun lidah buaya.

Wanita Cina & Jepun pula menyukai pelbagai jenis akar ginseng, teh herba Cina & halia utk merawat rambut. Sebenarnya wanita dari negara berbeza mempunyai cara tersendiri utk merawat masalah kecantikan. Tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, bunga & daun kayu yg digunakan juga berbeza, bergantung kpd keadaan geografi serta cuaca & musim di negara berkenaan. Beberapa petua mudah yg boleh dicuba bagi merawat rambut bermasalah & mencantikkannya lagi. –

RAMBUT KERING
Cuba rawat menggunakan minyak, sebaik2nya minyak sayur-sayuran. Hangatkan minyak, kemudian gunakan jari & sapu pada seluruh kulit kepala & rambut. Kukus tuala seketika agar lembap & hangat. Kemudian balut. Biar 20 minit. Basuh bersih dgn syampu. –

RAMBUT BERMINYAK

Sediakan secawan air suam kemudian campurkan spenutup penuh syampu & kuning telur. Pukul seketika. Gunakan campuran ini utk mencuci rambut. Kemudian bilas sebersih2nya. -MELINDUNGI RAMBUT DPD MATAHARI- Ambil 50gm bunga cammomile, rebus bersama 300ml air & sejukkan. Selepas itu tambah perahan air limau & gunakan air ini utk membilas rambut. -SYAMPU SEMULAJADI- Jika kehabisan syampu, cuci rambut (jenis berminyak) dgn telur yg dipukul hingga kembang & dicampur perahan limau. Bagi rambut yg lembut & halus, cuci dgn campuran air & bunga cammomile. -KHASIAT MINYAK JOJOBA- Minyak tumbuhan dari gurun ini mengandungi sebatian lilin. Elok digunakan utk melembapkan rambut sekaligus membuatkan ia bersinar. Ia tidak melekit & mudah meresap ke dalam epidermis (kulit kepala).


SYAMPU HERBA

Tumbuk beberapa helai daun salam, campur bunga cammomile kering & sedikit bunga rosmarie. Masukkan ke dlm mangkuk, tuang air panas & biarkan beberapa minit. Kemudian tapis & campurkan secamca teh sabun cecair. Gunakan ia sbg syampu.


MEWARNA RAMBUT
Gunakan daun inai yg ditumbuk lumat & titiskan air utk mewarnakan rambut. Menurut pakar, inai dari Iran adalah yg terbaik kerana ia lebih merah. Cara menginai rambut mudah - ambil anggaran segenggam daun inai, kemudian tumbuk atau giling hingga halus & titiskan air. Utk warna yg lebih cantik, titiskan sedikit air teh pekat. Kemudian lumurkan pada rambut & balut dgn plastik. Biarkan beberapa jam atau semalaman. Cuci sehingga bersih & ulangi beberapa kali sehingga warna rambut bertukar.


RAMBUT HARUM
Jika ingin rambut sentiasa segar & harum, cuba gosok kulit kepala dgn hirisan limau nipis & biar ia seketika melitupi seluruh rambut.


HILANGKAN KELEMUMUR
Ambil beberapa titis minyak bunga rosmarie, campur 2 camca besar bijan & lumurkan pada kulit kepala. Kemudian syampu rambut spt biasa & bilas.


TONIK TAIRU
Ambil setengah mangkuk kecil tairu tanpa perasa, campur telur. Pukul hingga kembang. Kemudian campur parutan kulit limau & gaul rata. Lumur pada rambut & pakai serkup plastik mandi & biarkan lebih kurang 40 minit. Syampu & bilas bersih. Selain itu, utk mendapatkan rambut yg bersinar, cuba amalkan mencampur beberapa titis air perahan limau ke dalam air bilasan rambut. Gunakan ia utk membasahkan rambut bagi menyerlahkan sinarnya. SELAMAT MENCUBA Wassalam.

Kali Terakhir dikemaskini (WEDNESDAY, 03 MARCH 2010 10:24)

FADHILAT SOLAT:
Melaksanakan Solat dengan tertib dapat membuat cerdas dan awet muda. Jika kita meneliti setiap pergerakan di dalam solat, ia mempunyai rahsianya tersendiri. Mari kita renung dan teliti semula manafaat yang bakal diperolehi bagi setiap pergerakan secara tertib di dalam solat.

TAKBIRATUL IHRAM
Postur: berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bagian bawah.

Manfaat: Gerakan ini melancarkan aliran darah, limfa dan kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Saat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah kaya oksigen menjadi lancar. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bagian atas.

RUKUK
Postur: Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang.

Manfaat: Postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi relaksasi bagi otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan yang baik untuk mencegah gangguan prostat.

IKTIDAL
Postur: Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah, mengangkat kedua tangan setinggi telinga.

Manfaat: Iktidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerak berdiri bungkuk berdiri sujud merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.

SUJUD
Postur: Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki, dan dahi pada lantai.

Manfaat: Aliran limfa dipam ke bahagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen akan mengalir secara maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada kemampuan berfikir seseorang. Oleh itu, lakukan sujud dengan teratur, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi mengalir ke otak. Khusus bagi wanita, baik rukuk maupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

DUDUK
Postur: Duduk ada dua cara, yaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir). Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki.

Manfaat: Saat iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan penderitanya tak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran urethra, kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan. dengan benar, postur irfi mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot tungkai turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga. kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.


SALAM
Gerakan: Memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksimal.

Manfaat: Relaksasi otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah.

BERIBADAH secara, konsisten bukan saja menyuburkan iman, tetapi mempercantik diri wanita luaran dan dalaman. Antaranya;

PACU KECERDASAN

Gerakan sujud dalam solat adalah unik. Falsafahnya adalah manusia menundukkan diri serendah-rendahnya, bahkan lebih rendah dari punggungnya sendiri. Dari sudut pandang ilmu psikoneuroimunologi (ilmu mengenai kekebalan tubuh dari sudut pandang psikologis) yang didalami Prof Sholeh, gerakan ini mengantar manusia pada darjat yang setinggi-tingginya.
Dengan melakukan gerakan sujud secara rutin, pembuluh darah di otak terlatih untuk menerima banyak aliran darah. Pada saat sujud, posisi jantung berada di atas kepala yang memungkinkan darah mengalir secara maksima ke otak. Oleh itu, otak mendapat aliran darah yang kaya oksigen ke sel-selnya. Dengan kata lain, sujud yang tumakninah dan kontinyu dapat memacu kecerdasan.

PERINDAH POSTUR

Gerakan-gerakan dalam solat mirip yoga atau peregangan (stretching). Intinya untuk melenturkan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Keunggulan salat dibandingkan gerakan lainnya adalah salat menggerakan anggota tubuh lebih banyak, termasuk jari kaki dan tangan.

Sujud adalah latihan kekuatan untuk otot tertentu, termasuk otot dada. Saat sujud, beban tubuh bagian atas ditumpukan pada lengan hingga telapak tangan. Saat inilah kontraksi terjadi pada otot dada, bagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara tak hanya menjadi lebih indah bentuknya tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu di dalamnya.

MUDAHKAN BERSALIN
Masih dalam pose sujud, manfaat lain bisa dinikmati kaum hawa. Saat pinggul dan pinggang terangkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) berkontraksi penuh. Kondisi ini melatih organ di sekitar perut untuk mengejan lebih dalam dan lama. Ini menguntungkan wanita karena dalam persalinan dibutuhkan pernapasan yang baik dan kemampuan mengejan yang mencukupi. Bila, otot perut telah berkembang menjadi lebih besar dan kuat, maka secara alami ia lebih elestik. Kebiasaan sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan serta mengekalkan organ perut pada tempatnya kembali.

PERBAIKI KESUBURAN
Setelah sujud adalah gerakan duduk. Dalam salat ada dua cara duduk, iaitu duduk iftirosy (tahiyyat awal) dan duduk tawarruk (tahiyyat akhir). Yang terpenting adalah turut berkontraksinya otot-otot daerah perineum. Bagi wanita, inilah daerah paling terlindung karena terdapat tiga lubang, iaitu vigina, dubur untuk melepas kotoran, dan saluran kencing.
Saat duduk tawarruk, tumit kaki kiri harus menekan daerah perineum. Punggung kaki harus diletakkan di atas telapak kaki kiri dan tumit kaki kanan harus menekan pangkal paha kanan. Pada posisi ini tumit kaki kiri akan memijit dan menekan daerah perineum. Tekanan lembut inilah yang memperbaiki organ reproduksi di daerah perineum.

Kali Terakhir dikemaskini (MONDAY, 08 MARCH 2010 09:49)

Hubungi Kami

PERSIAP MALAYSIA
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Kajang-Semenyih By Pass
43000 Kajang,
Selangor
P: 03-8732 8000

Connect With Us
Facebook

Pautan Pilihan